Tuesday, March 29, 2011

Praktikum dari IPG Kampus Ilmu Khas

2 orang guru pelatih semester 5 jurusan PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah berada di sini sejak 21/3/2011 dan akan berada sehingga hujung April. Mereka ialah Cikgu Muhammad Halim bin Salleh berasal dari Telok Mas, Melaka dan Cikgu Mohammad Dzulfeqree bin Mohd Yasin berasal dari Kuala Krai, Kelate..

Selain daripada mengambil major PJK, mereka juga mengambil subjek Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai minor. Selamat menjalani praktikum.


Menjadikan bilik koko sebagai markas mereka sepanjang berada di SKTR 


Praktikum 3 bulan dari IPG Teknik

Guru praktikal yang telah lama bersama-sama warga SKTR iaitu Cikgu Hidayat dan Cikgu Shahrir dari IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Bertungkus-lumus menyediakan sinki air

Praktikum Mac

SKTR telah menerima 4 orang guru pelatih dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi pada 21 Mac 2011 tempohari. Mereka terdiri daripada pelajar Kursus Pengajian Islam, ambilan Januari 2009. Jangka masa praktikum adalah dari 21/3/2011 hingga 15/4/2011. Selamat menjalani praktikum..


Dari kiri: Umi Kalsum binti Mahali, Siddeeqah binti Khaja Kamaluddeen,
 Nur Asilah binti Kamarudein, Nurul Ashikin bte Othman


Friday, March 18, 2011

Bahagian Kurikulum SKTR

Blog ini disediakan khusus untuk memaparkan maklumat terkini dan aktiviti semasa unit kurikulum SKTR.